Tegarnya Seorang Bapa Sanggup Bunuh dan Bakar Anak Dalam Ketuhar

11156

Kejamnya seorang bapa sanggup membunuh anak sendiri dengan sangat kejam. Itulah manusia, sedangkan haiwan juga sangat menyayangi darah dagingnya sendiri.

Dipetik dari METRO, seorang lelaki dari Ukraine telah ditahan kerana disyaki membunuh anaknya sendiri yang berusia 5 tahun dengan sangat kejam iaitu memasukkannya ke dalam ketuhar.

Pavem Makarchuk, 50 didakwa memukul kepala anaknya Darina hingga jatuh ke lantai. Dia kemudiannya memutuskan untuk menyembunyikan jenayah yang dilakukan dengan mencincang badan anak perempuannya kemudian dimasukkan ke dalam ketuhar.

Komander polis serantau di Zhytomyr, Artem Lisogor, berkata:

Ayah kanak-kanak itu menolak atau memukul kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu  jatuh lalu terjatuh dan terhempas kepalanya di hadapan pintu. Setelah itu anaknya tidak sedarkan diri selepas ditolak olehnya.

Bapa kanak-kanak ini memutuskan untuk menyembunyikan jenayah yang telah dilakukan dengan memasukkan anaknya ke dalam ketuhar dan dibakar.

Siasatan pembunuhan kini telah dilancarkan, sembilan bulan selepas gadis itu dibunuh.

Isteri Makarchuk, 41, juga ditahan kerana disyaki bersekongkol dalam pembunuhan ini. Apabila polis tiba di rumah mereka, pasangan itu dikatakan memakaikan anak lelaki mereka tiga tahun, pakaiaan Darina bagi memberitahu polis bahawa anak perempuan mereka masih lagi hidup.

Sebelum ini Darina menetap di rumah keluarga angkatnya selama dua tahun dan diserahkan kembali kepada ibu bapanya tiga bulan sebelum kematiannya. Polis berkata, ibu bapa Darina yang turut mempunyai tiga anak lain mengaku membunuh kanak-kanak perempuan itu dan membakarnya di dalam ketuhar.

Makarkuk kini berdepan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah atas pertuduhan tersebut.

 

Lelaki ini memang tidak layak menjadi seorang ayah.

Sumber: METRO

Comments

comments