Teknologi 5G Bakal Ditawar Di Lima Negeri Ini

4614

Dunia teknologi hari ini semakin mengorak langkah melalui penggunaan jaringan 5G yang memberikan kadar kelajuan lebih pantas dan stabil.

Jika sedekad lalu, teknologi 5G ini mungkin hanya sebagai teori, namun hari ini tidak lagi apabila teknologi itu sudah mula diperkenalkan dan bakal digunakan secara meluas.

Dimana, teknologi 5G telah mula dicuba di Malaysia di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya buat masa ini. Tetapi baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, ujian kepantasan Teknologi Generasi Kelima (5G) akan dikembangkan di lima negeri lain.

Antara negeri yang akan terlibat dalam ujian kepantasan teknologi 5G ini ialah Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat.

Gobind berkata, walaupun terdapat permintaan yang tinggi di seluruh negara, namun sebagai permulaan fokus diberikan kepada lima negeri tersebut.

Ujian kepantasan itu dilakukan ekoran permintaan tinggi diterima dari negeri-negeri terbabit agar ujian kepantasan teknologi 5G dijalankan selepas Cyberjaya dan Putrajaya.

Buat masa ini, Gobind berkata, teknologi 5G juga akan berkembang ke negeri-negeri lain tetapi akan diperluaskan lagi mengikut keadaan dan tuntutan daripada industri dan negeri masing-masing

Beliau turut menyasarkan pada suku tahun depan, perkhidmatan 5G dapat dilaksanakan di beberapa lokasi tertentu.

Menurut Gobind lagi, jika mengikut rancangan teknologi 5G akan dilaksanakan pada suku tahun depan atau pertengahan tahun.

Sumber: Sinar Harian

Comments

comments