Teluk Cempedak Kosong Kerana PKP, Mak Cik ‘Hello Kitty’ Hilang Sumber Pendapatan

siti endon sarung kostum cari rezeki

Anda mesti ingat dengan kisah yang tular pada tahun lepas di mana terdapat seorang individu telah mengenakan kostum kartun Doraemon dan berkeliaran di Pantai Teluk Cempedak. Ramai netizen yang bersimpati apabila mengetahui disebalik pakaian tersebut, rupanya ia dikemudi oleh seorang wanita tua yang cuba mencari rezeki.

Tapi disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), wanita berusia 57 tahun itu yang sering menyarungkan pelbagai kostum karakter seperti beruang dan Snow White kini hilang punca rezeki disebabkan oleh inisiatif untuk membendung wabak COVID-19.

siti endon sarung kostum cari rezeki

Sayu apabila mendengar bahawa ibu tunggal itu sudah bersiap sedia untuk membeli kostum Doraemon baru sempena cuti sekolah yang bakal tiba dan pastinya ramai pengunjung akan memenuhi pantai tersebut. Namun hajatnya itu tidak kesampaian apabila pantai itu kini terbiar kosong dan sepi.

Advertisement

Disebabkan oleh serangan virus tersebut, pantai kini ditutup dan semua orang tidak dibenarkan keluar rumah. Ini adalah satu mimpi ngeri kepada saya kerana cuti sekolah merupakan peluang keemasan untuk saya mendapatkan duit lebih.

Lebih menyedihkan kerana wanita tua itu tidak mempunyai wang cukup bukan sahaja untuk menampung sumber makanannya tetapi juga puluhan kucing yang dijaganya di rumah. Siti Endon meluahkan rasa murung kerana tidak dapat keluar bekerja dan bertemu dan berkenalan dengan ramai orang yang berbeza karakter. Selain menjelaskan bahawa dia tidak meminta bayaran langsung namun bergantung kepada sumbangan ikhlas pengunjung tersebut.

siti endon sarung kostum cari rezeki

Sudah 4 tahun melakukan kerja ini, Siti Endon menyatakan bahawa dia sering mendapat lebih kurang RM30 sehari dan jumlah tersebut cukup untuk menyediakan hidangan yang ringkas selain dapat menjaga kucingnya. Wanita tua itu turut menerima bantuan daripada Majlis Agama dan Istiadat Melayu Pahang sebanyak RM300 sebulan dan ianya digunakan untuk membayar sewa rumah.

Wanita tua itu berharap agar pandemik ini akan berakhir tidak lama lagi supaya dia dan rakannya yang lain dapat kembali menyarungkan kostum dan menghiburkan orang ramai. Siti Endon juga tidak lupa dan terkenangkan nasib rakannya yang turut menerima nasib sama sepertinya.

Semoga COVID-19 menemui kesudahannya dan golongan yang terkesan dapat bangun semula.

Sumber

Comments

comments