Telur ‘Expired’ Menjadi Punca Kes Keracunan Puding Buih, Ketahui Cara Untuk Kenalpasti Telur Tamat Tempoh

telur tamat tempoh

Sebelum ini kecoh apabila kes keracunan makanan yang berlaku di Terengganu dipercayai akibat puding buih yang dijual di atas talian. Seramai 99 orang yang membeli pencuci mulut itu mengalami keracunan makanan sehingga ditahan di hospital dan dirawat di hospital.

Berdasarkan keputusan sampel yang dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu mendapati, penggunaan telur tamat tempoh menjadi punca utama 99 orang menghadapi kes keracunan puding buih.

Mangsa pertama meninggal dunia

Semalam dilaporkan, seorang wanita yang menjadi mangsa keracunan puding buih meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Wanita berusia 25 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ akibat kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.

mangsa puding buih

Advertisement

Mangsa bersama beberapa lagi ahli keluarganya dimasukkan ke HSNZ selepas makan puding itu yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu. Sementara itu, mangsa lain yang ditempatkan di HSNZ dan hospital swasta sudah pulih dan dibenarkan pulang secara berperingkat.

Tips kenalpasti telur ‘expired’

Untuk makluman, telur mempunyai selaput protein nipis yang wujud secara semulajadi yang dipanggil sebagai ‘cuticle’. Selaput berkenaan bertujuan melindungi kandungan dalam telur daripada dicemari oleh bakteria.

Kulit telur pula mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan bagi menahan kemasukan bakteria dan udara dari persekitaran. Menurut kajian, tahap kualiti selaput perlidungan itu mempengaruhi tahap kesegaran telur tersebut.

1. Hidu bau telur

telur

Pertama sekali, sudah tentu anda boleh tentukan melalui bau telur tersebut. Telur yang sudah rosak akan mengeluarkan bau busuk atau lebih mudah dipanggil telur tembelang (telur busuk). Anda disarankan untuk segera buang telur yang mengeluarkan bau busuk atau tidak menyenangkan.

2. Rendamkan di dalam air

Letakkan telur yang dimaksudkan dalam mangkuk atau segelas air sejuk dan lihat adakah telur itu terapung. Terdapat poket udara kecil di dalam telur yang lama-kelamaan semakin banyak udara memasuki cengkerang berpori mereka dan masuk ke dalam telur.

telur

Apabila lebih banyak udara memasuki telur, poket udara semakin besar menjadikan telur lebih terapung. Oleh itu, telur segar akan tenggelam di dasar air manakala telur lama akan terapung di permukaan.

3. Keadaan kuning dan putih telur

Pecahkan telur di dalam piring dan lihat kepekatan kuning telur sama ada masih elok terbentuk bulat atau semakin cair. Telur yang segar akan mempunyai kuning telur yang masih pekat dan elok bentuk bulatnya manakala keadaan kuning telur yang sudah lama pula agak meleper dan agak cair (bentuk bulat tidak elok).

4. Tarikh luput

Sudah tentu yang paling senang sekali adalah melihat tarikh luput telur yang dibeli. Kebanyakan telur yang dijual di pasaraya selalunya telah dibungkus dan ditandakan dengan tarikh luput. Tidak kiralah pada kotak bungkusan atau permukaan kulit telur itu sendiri.

telur

Jika tiada tarikh luput pada bungkusan, anda disarankan untuk bertanya kepada penjual mengenai tarikh luputnya. Sebagai langkah keselamatan, elakkan daripada membeli telur yang tidak diketahui tamat tempohnya bagi mengelakkan anda membeli telur yang sudah busuk.

Artikel berkaitan: Mangsa Keracunan Makanan Akibat Puding Buih Meningkat, Pemuda Ini Jelaskan Kaedah Memasak Yang Betul

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber: (1), (2)

Comments

comments