Tempat Pemotongan Ayam Jadi Tempat Potong Daging Babi, Pasaraya di Banting Tampil Bagi Penjelasan

Kecoh di Facebook dikatakan seorang pekerja pasaraya di Banting telah memotong daging babi di bahagian tempat memotong ayam segar di premis berkenaan, pagi semalam.

Isu ini hangat diperkatakan apabila seorang individu memberitahu insiden tersebut di Facebook dan menyarankan supaya orang ramai tidak membeli ayam di pasaraya berkenaan.

Susulan itu, pihak pasaraya tampil memberi penjelasan sekaligus memohon maaf atas kejadian yang telah berlaku.

Advertisement

Untuk keselamatan, pihak pasaraya telah membuang peralatan memotong seperti pisau, alat pemotong dan barang-barang yang berkaitan sudah diganti dengan peralatan yang baru.

Bukan itu sahaja, daging ayam yang dijual sewaktu insiden itu berlaku telah pun dibuang dan tempat pemotongan juga sudah dibersihkan. Pihak pasaraya juga telah membuang pekerja yang terlibat dengan serta merta.

Untuk lebih meyakinkan pelanggan, pihak pasaraya memanggil seorang bilal kampung untuk menyertu tempat berkenaan.

Sekali lagi, pihak pasaraya memohon maaf atas kejadian yang berlaku.

Sumber

SUMBERFacebook

Comments