Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua Bergantung Kepada Sikap Rakyat Malaysia

sekatan jalan

Pihak penguatkuasa sudah menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan. Nasihat dan teguran mereka untuk orang ramai terus berada di rumah kadangkala tidak diendahkan. Sudahnya, ramai yang telah didakwa di mahkamah kerana ingkar dengan arahan PKP. Namun begitu masih ada lagi yang keras kepala dan berdegil untuk mematuhi arahan untuk keselamatan bersama.

Ahad lepas, 828 individu telah ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya. Jumlah ini sahaja sudah cukup menunjukkan betapa masih ramai lagi yang tidak memahami pentingnya untuk mematuhi arahan PKP ketika wabak COVID-19 sedang merebak ke serata tempat. Arahan duduk di rumah ini telah diambil mudah oleh segelintir masyarakat.

Pelbagai alasan yang tidak berasas diberikan sewaktu ditanya oleh pegawai penguatkuasa. Antaranya, meminjam rokok daripada kawan, keluar membeli makanan walaupun jarak yang jauh dari kawasan rumah, pergi memancing dan ada juga yang masih mahu keluar untuk beriadah. Sedikit sebanyak perkara ini memberi tekanan terhadap pihak berkuasa untuk mengawal tindak tanduk masyarakat.

Angkatan Tentera Malaysia

Advertisement

Sikap degil yang ditunjukkan inilah akhirnya telah mengorbankan 37 orang dan 2,626 kes positif COVID-19 telah dicatatkan sehingga kini. Perkara ini menyukarkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Tindakan ini memberi fokus lebih terhadap kawasan yang telah dikategorikan sebagai zon merah.

proses membasmi kuman

Baru-baru ini, kawasan terbaru yang telah dikenakan PKPD adalah Menara City One, Jalan Munsyi Abdullah, Kuala Lumpur. Kawasan tersebut telah dikenal pasti mempunyai 17 kes positif jangkitan COVID-19.

Dua lagi kawasan yang telah dikenakan perintah yang sama ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor serta Kawasan Batu 21 dan Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Bilangan kes positif yang tidak menunjukkan penurunan yang banyak malah semakin tinggi memaksa kerajaan untuk menjalankan fasa kedua PKP bermula 1 April ini. Peraturan terbaru yang dikeluaran ialah semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Sekatan jalan raya

Pembukaan gerai makan dan restoran masih beroperasi pada waktu yang sama ketika fasa kedua PKP. Begitu juga dengan perkhidmatan penghantaran makanan. Waktu operasi kenderaan juga akan dikawal.

Baca: PKP Fasa Ke-2: Premis Perniagaan Dibuka 8 Pagi Hingga 8 Malam Sahaja

Malaysia telah melaksanakan tindakan sehabis baik untuk mengawal penularan wabak ini. Demi kebaikan kita semua, rakyat Malaysia digesa untuk tidak mementingkan diri. Kemungkinan besar kita bakal menghadapi kedatangan gelombang ketiga COVID-19 sekiranya masyarakat tidak mengambil bahagian dalam PKP.

Sebagai persiapan awal, kerajaan telah menyiapkan Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) jika terdapat peningkatan kes positif yang mendadak.

Sumber 

Comments

comments