Tentera Jilat Tangan Pekerja Wanita Di Kedai Vape Ditahan

Tentera Jilat Tangan Pekerja Wanita Ditahan

Sebelum ini, tular di laman sosial tentang perlakuan tidak senonoh seorang lelaki memakai pakaian seragam tentera yang dipercayai telah mencabul pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat, Ampang.

Pekerja wanita di kedai vape tersebut dikatakan trauma selepas tangannya dijilat seorang lelaki berpakaian seragam tentera dalam satu kejadian pada tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, suspek didakwa telah mengambil kesempatan dengan memegang dan menjilat tangan pekerja wanita berusia 18 tahun tersebut ketika mahu menukar dan menghisap pod vape.

Advertisement

Suspek kemudiannya telah bereder dari tempat kejadian setelah pekerja wanita itu memberitahu yang kedai tersebut mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

Seorang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa menjilat tangan seorang pekerja wanita sudah ditahan di sebuah rumah di Taman Setiawangsa tengah malam tadi.

Menurut laporan daripada KOSMO, lelaki berusia 26 tahun itu diberkas pada pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis turut merampas kelengkapan uniform yang dipercayai dipakai suspek semasa kejadian.

Tambah beliau lagi dalam kenyataan sebentar tadi, ujian saringan air kencing terhadap suspek juga telah dibuat dan keputusannya adalah negatif dadah.

Permohonan reman terhadap suspek telah dibuat dan dibenarkan selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Tentera jilat tangan pekerja wanita
Sumber KOSMO

“Semakan mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun,” kata Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Siasatan lanjut berkenaan kes berkenaan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan cabul.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERKOSMO

Comments