Tercicir Tunai RM 1,000, Pemuda Ini Dapat Semula Kerana Kejujuran Manusia

242

Biasanya apabila tercicir wang tunai yang banyak, peluang untuk mendapat semula wang itu agak tipis, terutamanya apabila ditemui oleh insan yang tidak jujur. Lain pula ceritanya dengan pengguna Twitter ini.

Dia tercicir wang tunai sebanyak RM 1,000, tetapi bernasib baik mendapat semula wang yang keciciran kerana ia ditemui seorang warga Bangladesh yang bersifat jujur.

Susulan kejujuran Bangla itu, seorang gadis berharap agar pemuda tersebut menghadiahkan sedikit wang atau belanja Bangla itu makan kerana bersikap jujur.

Ada juga mendakwa sekiranya dia yang terjumpa wang itu pasti sudah dia gunakan untuk beli nugget.

“Duit haram jangan beli makanan”

Apa pun memang benar kejujuran itu mahal harganya. Pemuda ini bernasib baik kerana wang tersebut ditemui insan yang jujur dan bertakwa. Kalau orang lain, mungkin ia sudah lesap dibuat beli telefon bimbit! – amazingnara.com

Comments

comments