Terengganu Bagi Rumah Dan RM50,000 Kepada Datuk Azizulhasni

datuk azizulhasni

Datuk Azizulhasni Awang sebelum ini berjaya membawa pulang pingat perak acara keirin dalam kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kejayaannya yang membanggakan itu turut mendapat pengiktirafan kerajaan negeri kelahirannya, Terengganu apabila menerima insentif berjumlah RM350,000.

Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Insentif itu dibahagikan kepada dua di mana RM300,000 dalam bentuk sebuah rumah kediaman setingkat dan wang tunai RM50,000.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa kita boleh mempunyai apa jua cita-cita (namun) apa yang penting, usaha dan kerja keras serta sokongan daripada kerajaan.”

“Tentunya penghargaan kerajaan negeri kepada Datuk Azizulhasni tidak dapat menebus keringat dan susah payah beliau tetapi rakyat Terengganu dan kerajaan negeri berharap, beliau dapat terus meningkatkan pencapaian seterusnya mendapat pingat emas pertama negara di sukan olimpik tiga tahun lagi.”

This image has an empty alt attribute; its file name is 234512236_971958376695077_5379093866406026000_n-900x600.jpg

Advertisement

Menteri Besar juga berhasrat untuk menyalurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan rakan atlet-atlet lain dalam memastikan anak Terengganu berjaya dalam sukan.

Dalam pada itu, Datuk Azizulhasni menyatakan mungkin temasya sukan Olimpik 2024 adalah yang terakhir buat dirinya sebelum bersara. Beliau memutuskan perkara itu semata demi memberi ruang kepada pelapis muda menyerlah.

“Misi seterusnya adalah Sukan Olimpik 2024. Meraih pingat gangsa di Rio, perak di Tokyo, saya mahu pergi untuk emas dan saya rasa tidak ada apa-apa masalah daripada segi persiapan sebab saya ada negeri Terengganu yang sentiasa memberi sokongan.”

Semoga Malaysia mampu membawa pulang pingat emas Olimpik pertama pada tahun 2024 nanti. Sememangnya pencapaian cemerlang The Pocket Rocketman ini dapat membakar semangat atlet lain untuk terus bekerja keras.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERHarian Metro

Comments