Terhidu Bau Busuk, Individu Ditemui Tergantung Dalam Pondok Usang

Dilaporkan, seorang individu dipercayai lelaki warga Myanmar ditemukan di dalam sebuah pondok usang dalam keadaan tergantung bersebelahan rumah burung di Jalan Bagan Datuk, Sungai Burong, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyedari akan kejadian itu apabila dia terhidu sesuatu bau yang busuk ketika membaca meter elektrik di bangunan bersebelahan dan terus menghubungi pihak polis pada jam 12.35 tengah hari.

Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri selaku Ketua Polis Daerah Hilir Perak berkata, pondok itu dipercayai menjadi tempat tidur lelaki berkenaan kerana terdapat tilam beserta pakaian berdekatan tempat dia menggantung diri.

Didapati pondok usang itu juga tidak mempunyai pintu dan tingkap serta tiada perumahan terdekat selain tiada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berdekatan.

Advertisement

“Lelaki itu ditemui lengkap berpakaian t-shirt, berseluar jeans dalam keadaan tergantung dengan tali pada bumbung serta terdapat gumpalan tali terlilit di pergelangan tangan”

Tiada sebarang kecederaan fizikal dan unsur jenayah ditemui. Namun, lelaki berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam kerana tubuhnya sudah membengkak dan berbau busuk.

Sehubungan itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber 

Comments

comments