“Terima Kasih Abang Offshore”, Anjing Hanyut Di Tengah Laut Diselamatkan

2264

Setiap orang pasti ada perasaan kasih dan sayang kepada haiwan di muka bumi ini. Macam yang dilakukan oleh sekumpulan pekerja offshore ini, mereka berjaya menyelamatkan seekor anjing yang dijumpai hanyut di lautan.

Terjumpa anjing hanyut

Bayangkan di tengah-tengah laut itu, mereka menjumpai seekor anjing yang hanyut dibawa arus. Tanpa membuang masa, pekerja-pekerja offshore ini bergegas menyelamatkannya.

offshore
Kredit: Facebook

anjing
Kredit: Facebook

Keadaan sangat lemah

Anjing yang dalam keadaan sangat lemah itu kemudian diberikan makanan dan minuman. Memang keadaannya nampak sangat letih dan tiada siapa yang tahu sudah berapa lama dia dihanyutkan.

aning
Kredit: Facebook

anjing
Kredit: Facebook

anjing
Kredit: Facebook

Walaupun tak dapat nak dipastikan dari mana datangnya anjing ini, ramai yang membuat andaian anjing ini terselamat dari bot nelayan warga Vietnam. Berkemungkinan anjing ini hendak dijadikan makanan untuk mereka.

Khabarnya, anjing ini kemudian selamat dihantar pulang ke daratan semula dan siap dikalungkan dengan bunga sebagai hadiah. Rata-rata netizen juga memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh pekerja-pekerja offshore ini.

“Terima kasih abang-abang offshore

offshore
Kredit: Facebook

Sebelum ini, seorang pemuda berjaya menyelamatkan seekor anjing dari menjadi makanan kepada warga asing. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Video) Lelaki Berjaya Selamatkan Anjing Sebelum Jadi Santapan Warga Asing

Comments

comments