Terima Kasih Dr Amalina Kerana Menjadi Tulang Belakang Pembedahan Ainul!

13571

Alhamdulillah dan bersyukur sangat atas bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri kerana telah bertanggungjawab mengaturkan pembedahan buat bayi 9 bulan,  Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin di United Kingdom.

Beliau Dr Amalina menzahirkan kesyukuran selepas Ainul selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya, semalam.

Pasti anda semua tahu bahawa beliau adalah seorang pakar bedah pelatih yang terlatih di UK yang sering menyuarakan pendapatnya dengan tegas di dalam akaun media sosial miliknya. Pertama kali beliau mengetaui akan kes Ainul, beliau terus berhubung dengan ahli keluarganya untuk mengetahui masalah bayi ini.

Dr Nur Amalina tidak asing dengan rakyat Malaysia. Melalui akaun Twitternya @dramalinabakri, beliau terkenal dengan pandangannya yang terang-terangan mengenai pelbagai subjek, terutama topik mengenai hak-hak wanita dan amalan perubatan yang meragukan oleh masyarakat di Malaysia.

Gadis yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini dahulunya telah mencatatkan rekod pelajar yang mendapat 17A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Beliau menamatkan pengajian sebagai doktor pada Julai 2013 dari Universiti Edinburgh.

Kini beliau telah berkhidmat sebagai seorang pakar bedah pelatih di The Royal College of Surgeons of England selepas menamatkan pengajiannya di University of Cambridge.

Pertama kali berita mengenai Ainul tular, Dr Amalina terus mendapatkan ibu Ainul Nurul Erwani Zaidi, 24, dan mempunyai niat untuk membantu keluarga tersebut.

Dr Nur Amalina telah meminta bantuan daripada semua orang melalui media sosial bagi membawa Ainul ke London untuk menjalani rawatan selepas gagal menjalani kemoterapi hingga menyababkan ketumbahannya makin membesar.

Bukan itu sahaja, Dr Amalina turut membantu menyusun tarikh yang sesuai untuk Ainul dibedah.

Selepas pembedahan dilakukan, Dr Amalina menulis di akaun Instagramnya beliau sangat lega pembedahan berjalan lancar.

Alhamdulillah, Ainul, kau seorang bayi perempuan yang kuat. Selama lima jam bertarung di teater, tumor (seberat 200g) berjaya dikeluarkan.

Saya tidak dapat mengawal emosi sebaik keluar dari bilik pembedahan dan melihat ibu bapa Ainul. Perasaan saya bercampur baur, satu perjalanan yang cukup emosi dan menggembirakan pada masa yang sama.

Semoga Dr Amalina terus membantu orang yang memerlukan. 

Comments

comments