“Terima Kasih JPA”, Pelajar Malaysia Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Pennsylvania State University

1877

Seorang pelajar Malaysia tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

Perkara ini telah diumumkan JPA dalam satu kenyataan menyatakan, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24 dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences’, di Pegula Ice Arena pada Jumaat 3 Mei, yang lalu.

Jelasnya, anak kelahiran Sungai Petani Kedah adalah pelajar pertama Malaysia yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut dengan keputusan penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0.

Wakil universiti berkenaan memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

Pelajar itu yang ditaja bermula Ogos 2015 hingga Julai tahun ini mengikuti pengajian jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Petroleum dan Gas Asli.

Saiful turut menzahirkan rasa syukur di atas anugerah yang diterima daripada universiti berkenaan.

Segala ilmu yang diperolehi di sini pastinya menyiapkan saya untuk menjadi seorang jurutera yang mampu menilai secara kritis sebarang keputusan kejuruteraan.

Terima kasih kepada JPA yang menaja pengajian saya serta Pennsylvania State University di atas peluang yang diberikan.

Tahniah adik keatas pencapaiaan diri adik. Semoga terus berjaya pada masa hadapan.

Comments

comments