Teringin Burnt Cheese Cake Tapi Malas Bersesak? Jom Buat Sendiri Dan Nikmati Kesedapannya

Burnt Cheese Cake

Setiap kali mengidam sesuatu yang manis dan cair di mulut, salah satu kuih atau kek yang bermain di fikiran pastinya dessert Burnt Cheese Cake yang lembut. Dessert ini wajib dicuba bila berkunjung ke kafe sambil menikmati secawan kopi lazat.

Jika terlalu kerap membeli, harganya boleh tahan mahal kerana bahan yang digunakan agak premium dan bermutu tinggi. Namun, tahukah anda, ianya boleh dibuat sendiri di rumah dan boleh makan puas-puas bersama ahli keluarga yang lain.

Menerusi satu video yang tular di Tik Tok, ternyata ia sangatlah mudah untuk membuat Burnt Cheese Cake jika anda mengikuti cara-cara yang dikongsinya.

Menurut @Mysarah Kitchen, anda hanya memerlukan cheese cream, gula, whipping cream, telur, garam, esen vanilla dan tepung gandum.

Advertisement

Anda hanya perlu kisar semua bahan di atas dan masukkan ke dalam loyang. Kemudian, bakar dalam air fryer mengikut suhu yang ditetapkan. Mudah bukan? Tonton video di bawah untuk lebih mudah faham.

@mysarah.kitchenBurnt Cheese Cake guna blender je ##fyp ##burntcheesecake ##foryou ##burncheesecake ##easyrecipes ##airfryer ##lockdown

? Butter (Sweeter Remix) – ????? (BTS)

SUMBER

SUMBERTik Tok

Comments