Teringin Nak Pakai Velfire Tapi Bajet Kecik? Avanza Velfire Kan Ada

6359

Sesiapa dekat sini yang teringin sangat nak pakai kereta Velfire, tetapi masih tak mampu sebab harga dia terlalu mahal, apa kata anda cuba New Avanza Velfire yang akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Avanza yang terbaru ini, wajahnya mirip Velfire. Bolehlah tu kan?

Menurut laman pandulaju.com.my, Toyota New Avanza di Malaysia akan ditawarkan dengan 3 pilihan harga dan varian, yakni RM 87.888, RM 83.888 dan RM 80.888.

Avanza versi kemas kini menampilkan rekabentuk depan ala model premium, Vellfire dengan lampu depan Bi-LED dan lampu henti ketiga LED.  Di atas bumbung kelihatan antena bentuk sirip yu, manakala bahagian belakang ditambah reflektor dan bampar rendah.

Penambahbaikan kabin dapat dilihat pada rekabentuk konsol tengah bawah penyaman udara yang digantikan panel warna hitam piano dengan tekstur baharu lebih menarik.

Pasaran Malaysia didatangkan dengan enjin 4-silinder 1.5L DOHC dengan teknologi Dual VVT-i berkuasa 102hp @ 6,000rpm dan tork 136Nm @ 4,200rpm. Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi automatik 4-kelajuan.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) ini turut didatangkan dengan ciri keselamatan dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).


Jadi kepada anda yang berminat nak tukar kereta bolehlah tukar kepada Toyota New Avanza ini.

Sumber: Pandu Laju

Comments

comments