Terkejut Lihat Harga Ubat Dijual Di Pasar ‘Tamu’, Mampu Ubati Sakit Kronik?

2039

Sering kali kita lihat di pasar-pasar atau kedai kecil mereka menjual ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan banyak penyakit kronik tanpa pengesahan daripada doktor untuk mengaut keuntungan.

Kita semua mengetahui bahawa ubat kepada penyakit kronik seperti kanser dan HIV masih belum ditemui.

Tetapi berbeza pula dengan seorang pak cik menjual ubat kepada penyakit-penyakit tersebut dengan harga yang sangat mahal dan cekik darah. Agak-agaklah, jika nak jual ubat dengan harga begini dekat pasar.

Menurut perkongsian ORANG KITA sabah Sarawak-OKss, seorang pak cik dilihat aktif menjual ubat-ubatan untuk penyakit kronik di pasar tamu minggu, Kota Marudu.

Dikatakan, penjual memberitahu bahawa ubat yang dijual sangat mujarab untuk merawat penyakit HIV, kerosakkan buah pinggang, demam denggi berdarah dan pelbagai jenis penyakit yang kronik.

Ubatan-ubatan yang dijual oleh pak cik ini memang cekik darah kerana paling mahal ubat yang dijual berharga RM35,000 dan yang paling murah pun beribu-ribu ringgit.

Takut admin, bila lihat harga ubat yang dijual ini. Jauhkanlah daripada orang yang senang kena tipu.

Posting ini telah mendapat perhatian Dr Rafidah Abdullah di laman Twitter peribadinya. Beliau tidak menjelaskan panjang dan melabelkan ubat-ubatan ini sebagai sampah. Ubat-ubatan ini pasti tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan melalui pelbagai ujian.

Ramai warga sosial memberi pendapat bahawa mereka tidak percaya dengan penjual ubat sebegini yang hanya mengaut keuntungan untuk kepentingan diri sendiri.


Ada juga dalam kalangan netizen mengatakan jika ubat ini boleh menyembuhkan semua penyakit kronik, semua hospital, klinik boleh tutup. Doktor dan semua sainstis boleh bersara.



Ingat ya semua, jangan cepat terpedaya dengan kata-kata manis penjual ubat seperti ini. Kita semua tahu bahawa ubat-ubatan kronik hanya boleh diberikan oleh doktor dan tidak boleh dibeli.

Kita semua nak hidup lama, jumpalah doktor. Lebih afdal dari si penjual ubat tepi jalan.

Comments

comments