[TERKINI] Dr Zakir Naik Dikaitkan Dengan Kumpulan Pengganas Rohingya?

Terkini, menerusi laporan, agensi risikan India telah mendapat maklumat bahawa kumpulan etnik Rohingya yang berpusat di Malaysia sedang merancang sebuah serangan keganasan terhadap negara tersebut.

Sebuah transkaksi bernilai RM820,000 berjaya dipintas dan didakwa bahawa rancangan tersebut kini berada dalam fasa terakhir.

Dipercayai transaksi tersebut dijejak ke seorang ketua pemimpin Rohingya yang berpusat di Kuala Lumpur.

Lebih memeranjatkan lagi, beliau berkait rapat dengan pendakwah Dr Zakir Naik.

Advertisement
Arakan Rohingya Salvation Army
Arakan Rohingya Salvation Army – via OpIndia

Bukan kali pertama Dr Zakir Naik dikaitkan dengan kes-kes sebegini. Terdahulu, beliau juga dikhendaki oleh pihak berkuasa India sejak 2016. 

Tiada kenyataan rasmi yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung dakwaan tersebut, namun dipercayai bahawa kumpulan ini yang diketuai oleh seorang wanita telah mendapat latihan di Myanmar.

Serangan di India bakal dilancarkan dalam beberapa minggu ini. 

Setelah mendapat maklumat risikan tersebut, pihak polis dan Biro Perisikan Negeri di Delhi, Haryana, Uttar Pradesh, Bhiar dan Bengal Barat telah memperketatkan pengawasan dan keselamatan di kawasan yang diperacaya menjadi sasaran kumpulan pengganas tersebut.

hawala
kredit – LifeInSaudiArabia

Menurut Astro Awani, suspek yang kini berpangkalan di Chennai, India dipercayai menjadi orang tengah yang menerima wang tersebut menggunakan sistem “hawala”

Untuk makluman anda, hawala adalah sebuah system “underground” yang digunakan untuk menyalurkan wang bertujuan untuk tidak meninggalkan jejak.

Sumber

 

 

Comments

comments