[TERKINI] Dua Maut Dalam Serangan Di Nice, Perancis

Terkini, dua individu dilaporkan maut ditikam di sebuah gereja Notre Dame Basilica yang terletak di Nice, Perancis.

Seorang individu yang bersenjatakan sebilah pisau meluru masuk sebelum bertindak menyerang orang-orang awam di dalam gereja tersebut

Difahamkan juga bahawa selain dari 2 individu yang maut ditempat kejadian, beberapa lagi individu yang hadir di gereja tersebut mengalami kecederaan.

Suspek yang masih tidak didedahkan oleh pihak polis Peranics berjaya ditangkap dan kini dirawat di hospital susulan kecederaan yang dialaminya ketika bergelut dalam proses penangkapan

Kejadian ini disyaki disebabkan oleh kemarahan yang timbul melalui sebuah karikatur yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW. Karikatur ini dihasilkan oleh sebuah majalah karikatur, Charlie Hebdo.

Advertisement

Namun tiada kesimpulan menyeluruh dilakukan buat masa kini dan kes masih lagi berada dalam proses siasatan.

Sumber : Astro Awani

Comments

comments