(TERKINI) Keputusan Tempoh Lanjutan PKP Akan Diketahui Jam 4 Petang Hari Ini

keputusan tempoh lanjutan pkp

Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan perkara itu menerusi perutusan khas pada jam 4 petang ini.

Pengumuman mengenainya pasti dinantikan rakyat dan tidak dinafikan ada yang mengharapkan ia tidak dilanjutkan lagi. Bagaimanapun, ada yang menjangkakan PKP akan dilanjutkan sehingga kes COVID-19 di negara ini pulih dan tiada lagi kes baharu dicatatkan.

Tempoh PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian penularan wabak pandemik COVID-19.

Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri nanti. Teruskan bersama AmazingNara untuk berita lanjut. 

Sumber Berita : Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin

Comments

comments