[TERKINI] Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 Dihentikan Akibat Pencemaran

air selangor

Nampaknya, krisis air di Selangor masih tidak ada penyudahannya.

Menurut laman sosial Lembaga Urus Air Selangor, Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihentikan tugas pada jam 12.20-12.45 tengahari tadi pada 10 November 2020.

Sebanyak 8 TON bau telah dikesan di LRA Rantau Panjang.

Namun setakat jam 6 pagi tadi, rekod bacaan terakhir masih lagi di paras 0 TON.

Advertisement

Tiada sebarang maklumbalas rasmi yang diterima dari laman rasmi atau melalui kenyataan media Air Selangor buat masa kini.

Sumber : Lembaga Urus Air Selangor

 

Comments

comments