[TERKINI] Pengunjung Stesen Minyak Bakal Didenda RM1,000 Jika Tidak “Check-In” Dengan MySejahtera

stesen minyak petronas

Tahukah anda bahawa kini anda diwajibkan untuk mengimbas kod menggunakan applikasi MySejahtera di stesen minyak?

Pada awalnya kami pun berasa agak terkejut kerana setahu kami, anda tidak boleh menggunakan telefon bimbit di stesen minyak.

larangan menggunakan smartphone di pam stesen minyak

Tetapi menurut Malay Mail, anda kini diwajibkan mengimbas kod MySejahtera di pam minyak, walaupun anda tidak mengunjungi kedai serbaneka di mana-mana stesen minyak.

Tambahan pula, memetik dari Malay Mail via China Press, DCP Datuk Mior Faridalathrash, jika pengguna tidak mengimbas kod MySejahtera walaupun hanya berada di pam minyak, proses pengesanan kontak akan menjadi lebih sukar jika ada kes COVID-19 dilaporkan di kawasan berdekatan.

Advertisement

Setahu kami, anda memang wajib pakai pelitup muka di stesen minyak, dan apabila anda mengunjungi kedai serbaneka, anda perlu mengimbas kod MySejahtera dan bacaan suhu juga wajib diambil.

Baru sahaja admin pulang dari mengisi minyak kereta Viva di stesen minyak berdekatan. Nasib la tak kena denda…

Sumber : Paul Tan & MalayMail

Comments

comments