[TERKINI] Penularan COVID-19 Dikesan di Hospital Klang – Pesakit dan Pekerja Mungkin Dijangkiti

Terkini, menurut laporan Malay Mail, wabak COVID-19 disyaki menular secara agresif di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Ini susulan dari laporan yang mendapati sekurang-kurangnya 40 pekerja dan 50 pesakit telah dijangkiti setelah dimasukkan ke hospital dalam tempoh 3 minggu lepas.

Kesemua yang disahkan positif telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Pengarah Kesihatan Selangor juga telah membuat kenyataan bahawa KKM telah pun ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau lagi, pesakit-pesakit positif tersebut telah dimasukkan ke wad bukan kerana COVID-19 dan telah menjalani saringan sepertimana SOP yang ditetapkan.

Advertisement

Tiada laporan tambahan dan angka yang dilaporkan setakat ini.

Sumber : Malay Mail

Comments

comments