[TERKINI] Pusat Servis Mac City Di Pusat Membeli-Belah 1 Utama Rekodkan Satu Kes Positif COVID-19

Terkini, pihak pengurusan 1 Utama telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengesahan kes positif COVID-19 di premis mereka.

Pekerja Mac City Service Centre yang terletak di Tingkat 2, Lot S330 telah disahkan positif namun pihak pengurusan 1 Utama telah memastikan bahawa contract tracing dijalankan dengan serta merta.

Setelah menjejaki pergerakan pekerja tersebut, pihak pengurusan juga mendapati bahawa suhu pekerja itu tidak melebihi 37.5 darjah.

Advertisement

Namun begitu, pihak pengurusan 1 Utama telah melakukan segala proses sanitasi dan nyah kuman untuk demi kepentingan dan keselamatan pengunjung mereka.

Pihak KKM dan hospital masih lagi belum memberi maklumbalas mengenai situasi tersebut.

Sumber : 1 Utama

 

Comments

comments