[TERKINI] Satu Lagi Kejadian Kereta Remuk Ditimpa Objek Berat di Lebuhraya SUKE

Baru sahaja kita dikejutkan dengan satu kes kereta remuk ditimpa objek berat beberapa hari lepas, kini satu lagi kes berlaku di Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) sebentar tadi.

Menurut posting Twitter BernamaTV, walaupun kejadian itu berlaku di Lebuhraya SUKE, kejadian objek berat yang menimpa kereta mangsa tiada kaitan dengan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan. Difahamkan bahawa kerja-kerja pembinaan telah diberhentikan secara serta merta semalam.

Advertisement

Kejadian yang berlaku berdekatan Taman Len Seng, Cheras masih lagi dalam siasatan pihak polis. Buat masa ini, tiada laporan rasmi yang dikeluarkan.

Sumber : Bernama TV

Comments

comments