[TERKINI] Sebuah Kes Rompakan Bersenjata Berlaku di Kuala Lumpur

Dalam kemelut negara membendung wabak COVID-19, kes-kes jenayah seperti rompakan bersenjata masih berlaku.

Terkini, sebuah kejadian kes rompakan bersenjata telah dilaporkan di Lebuhraya Besraya di Kuala Lumpur petang semalam. 

Dilaporkan bahawa 3 lelaki berbadan besar yang bersenjatakan parang menghampiri kenderaan tersebut dan memecahkan tingkap kereta. 

Mereka kemudiannya mengheret jurujual dan pemandu kenderaan pacuan 4 roda tersebut dan melarikan diri bersama emas dan wang tunai yang jumlahnya belum lagi dikenal pasti.

Beberapa jam kemudian, kenderaan tersebut dijumpai di sekitar Damansara, Petaling Jaya.

Advertisement

Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan dan menyeru agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi pegawai siasatan di 03-22979222.

Sumber : FMT

Comments

comments