[TERKINI] Sebuah Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Dipengerusikan Oleh Perdana Menteri Hari Ini

Terkini, sebuah mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara telah diadakan dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.

Menurut Bernama, antara individu yang hadir adalah Menteri Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Fadillah Yusof; Dr Radzi Jidin, dan Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Hisham.

Tiada laporan rasmi mengenai mesyuarat tersebut, tetapi semalam Malaysia telah mencatatkan kes COVID-19 tertinggi sejak bermulanya penularan wabak tersebut.

Sumber : Bernama

Advertisement

Comments

comments