(TERKINI) Tun Dr Mahathir Mohamad Letak Jawatan Perdana Menteri

5850
tun mahathir letak jawatan perdana menteri

Spekulasi sedang bertiup kencang kini mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, telah meletakkan jawatan sehari selepas desas-desus mengenai penjajaran baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan pemerintah baru.

Difahamkan, Tun Dr Mahathir sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 1 tengah hari tadi.

tun m letak jawatan

 

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

 

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau  berpuas hati dengan penjelasan Tun Dr Mahathir berhubung kecelaruan politik tanah air yang berlaku ketika ini. Tidak boleh terus tunduk dengan beberapa kumpulan kecil pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat pada pilihan raya lalu.

tun mahathir letak jawatan perdana menteri

Pejabat Perdana Menteri dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status Perdana Menteri.

Sumber Berita : Sinar Harian , BH ONLINE & FB Dr Mahathir Bin Mohamad

Comments

comments