Terlalu Banyak Terima Bantuan, Pelarian Rohingya Jual Semula Agihan Sumbangan Makanan

Etnik Muslim Rohingya bertindak menjual semula agihan bantuan makanan secara terbuka di pasaran gelap berhampiran kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara ini didedahkan oleh seorang pegawai kanan Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian (RRRC).

Bantuan berbentuk makanan seperti biskut dan bijirin daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan Program Makanan Dunia (WFP) dijual secara terbuka oleh etnik berkenaan.

Advertisement

Penduduk tempatan juga membeli makanan tersebut di kem pelarian itu kerana harganya yang murah.

“Saya membelinya kerana harga murah”

Lebih mengejutkan lagi, aktiviti jualan itu dilakukan di hadapan pihak berkuasa dan difahamkan aktiviti ini sudah lama dijalankan.

Pihak berkuasa akan melakukan tindakan sewajarnya untuk menghentikan aktiviti jualan mereka itu.

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekeliling memberikan sumbangan kepada etnik Rohingya khususnya daripada negara-negara Islam. Ini disebabkan sikap masyarakat yang cukup prihatin kepada golongan etnik ini namun seeloknya sumbangan yang diberikan haruslah dimanfaatkan untuk diri dan keluarga.

Sumber 

SUMBERSinar Harian

Comments