Terlalu Obses Dengan Kumpulan K-POP, Remaja Ini Mahu Cuba Makan Daging Khinzir

282

Fenomena K-Pop sejak beberapa tahun lalu menular ke seluruh peminat muzik dan tentunya ia menjadi kegilaan gadis-gadis remaja di Malaysia. Mereka sanggup berhabis sehingga ratusan ringgit untuk menonton konsert ataupun membeli pelbagai aksesori untuk tampil bergaya ala K-Pop.

Namun, kata orang kalau minat sesuatu biarlah berpada-pada dan janganlah sampai terlalu obses.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Twitter, seorang abang memuat naik kisah adik perempuannya yang terlampau obses dengan kumpulan BTS.

Bukan sahaja pernah bercakap seorang diri dengan bantal BTS dalam bahasa Korea tetapi adiknya juga tahap peminat fanatik sehingga hendak tiru seratus peratus apa yang kumpulan itu lakukan termasuklah hendak cuba makan daging khinzir kerana BTS makan daging tersebut.

Pandangan netizen, jangan biarkan adik keseorangan

Terlampau obses kepada sesuatu perkara boleh memakan diri sendiri. Mungkin juga adik ini perlukan bantuan dan perhatian daripada orang sekeliling terutamanya keluarga dia.

Sumber Berita : Twitter

 

Comments

comments