Terlalu Sibuk Sehingga Tiada Masa Rawat Muka? Atasinya Dengan 5 Cara Mudah Dan Efektif Dalam Rutin Harian

wajah sihat

Setiap wanita atau bahkan lelaki pasti menginginkan kulit wajah yang sihat dan berseri untuk menaikkan seri wajah dan bertambah lebih yakin untuk berdepan di khalayak ramai.

Namun, antara kita pastinya ada yang terlalu sibuk sehingga mengabaikan beberapa perkata seperti kurang tidur, pemakanan yang tidak seimbang sehingga membuatkan wajah kusam dan lesu.

Sebenarnya, kalau kita tahu cara penjagaan kulit wajah yang betul, ternyata ia amatlah mudah dan senang untuk dijaga. Berikut adalah lima cara mudah yang perlu anda ikuti:-

1. Cuci muka dengan bersih secara teratur

Advertisement

Mencuci muka amat penting untuk menghilangkan segala kotoran dan kesan make-up yang dipakai seharian.

Seeloknya, ketika mencuci muka, kita digalakkan untuk membuat urutan di wajah dengan lembut untuk mengurangkan minyak dan menghilangkan kotoran di samping dapat mengurut wajah yang lesu kembali ceria.

2. Beli produk pencerahan kulit yang betul

Produk kecantikan yang mengandungi Vitamin C amat penting untuk mencerahkan wajah kerana kandungan antioksidan yang ada dalam produk tersebut dapat mengurangkan enzim dalam penghasilan pigmen pada wajah.

pencerahan kulit wajah

 

Antara produk yang boleh mencerahkan kulit di mana ia mengandungi vitamin C ialah Garnier Light Complete Vitamin C Booster Serum  .Ia diperkaya dengan 30x vitamin C dan ekstrak Yuzu Lemon segar dari Jepun. Tekstur yang ringan dan pantas menyerap bertindak secara mendalam di pelbagai peringkat proses penggelapan melanin.

Selain itu, produk ini diuji secara klinikal Dermatologi dan disahkan halal.

3. Menjaga Kelembapan Kulit Wajah

Amatlah penting untuk kita menjaga kelembapan wajah kerana ia boleh mengelakkan kulit tampak kusam dan mempercepatkan proses penuaan dan kedutan.

kelembapan muka

Pelembap muka boleh didapati dalam pelbagai jenis seperti bentuk gel, serum dan sebagainya. Ia bergantung kepada keselesaan pengguna untuk memakai jenis pelembap yang disukai. Namun begitu, kajian mendapati pelembap dalam bentuk krim lebih berkesan.

4. Amalkan berjumpa dengan pakar kulit

Dengan mengamalkan berjumpa dengan pakar kulit, anda bukan sahaja dapat mengetahui masalah yang dihadapi malahan boleh meminta pendapat doktor pakar kulit berkaitan produk yang sesuai digunakan.

5. Pengambilan makanan yang kaya antioksidan

beri dan kekacang

Makanan yang kaya dengan antioksidan dapat membantu kulit untuk kekal sihat. Buahan seperti beri, anggur dan juga kekacang yang kaya dengan polifenol dan ellagic di mana ia mampu memberi kesan positif pada wajah anda.

SUMBER

 

Comments

comments