Terpaksa Pinjam Ah Long Langsai ‘Refund’ Pelanggan, Pengusaha Perkahwinan Akui Hilang Punca Sejak PKP

Sumber SInar Harian

Segelintir pengusaha majlis perkahwinan di Malaysia terpaksa meminjam wang daripada pemberi pinjaman wang atau ah long gara-gara terdesak kerana industri perkahwinan tidak beroperasi.

Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Zarinah Mohideen berkata, pengusaha majlis perkahwinan hilang punca pendapatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kini ada dalam kalangan pengusaha terpaksa meminjam wang daripada ceti haram kerana mereka masih perlu menyelesaikan pelbagai komitmen walaupun tiada pendapatan termasuklah sewa dewan.

Sumber : Google
Gambar Hiasan

Tambahnya ,mereka juga meminjam dari banyak tempat sehingga berbelas-belas (pusat pemberi pinjaman wang) ah long akibat tiada pendapatan walaupun sebelum ini mereka bukanlah kaki ah long mahupun kaki judi.

“Mereka ini pengusaha majlis perkahwinan tetapi terjebak kerana tiada lagi jalan lain hendak menyara hidup,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dataran Putra, di sini pada Jumaat.

Pengusaha industri perkahwinan berdaftar terdiri daripada pengurus acara, pengusaha katering dan berkaitan berhimpun di Dataran Putra untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut Zarinah berkata, tujuan mereka berhimpun bukan berniat untuk mencetuskan huru-hara namun atas dasar memohon kepada kerajaan supaya mendengar suara pengusaha dalam industri berkenaan.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau amat berharap agar Perdana Menteri dapat mendengar suara mereka, sekali gus membenarkan industri perkahwinan beroperasi semula memandangkan banyak sektor lain sudah dibuka.

“Kami sendiri tidak tahu hendak tuju ke mana kerana kalau pergi kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kami ditolak, hendak pergi ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pun sama.

Mereka juga menyeru hak mereka didengar oleh kerajaan kerana industri perkahwinan di negara ini sudah nazak.

Kata Zarinah lagi, mereka bukan sahaja dibebani dengan kos bayaran sewa premis malah turut berdepan dengan isu Mahkamah Tribunal dan pembayaran balik kepada pelanggan-pelanggan.

Ujarnya, setiap kali pelaksanaan PKP, mereka harus memulangkan semula wang kepada pelanggan yang sudah membayar untuk mendapatkan perkhidmatan.

“Kami juga menanggung kos tribunal dan isu refund (bayaran balik). Syarikat yang besar kadang-kala berdepan sehingga RM200,000 hingga RM300,000 ‘refund’.

Pengusaha perkahwinan ini tiada ‘check and balance’. Kesannya, bukan sahaja pengguna yang terkesan tetapi kami dalam kalangan pengusaha pun sama.

Sumber : Google
Gambar Hiasan

Sementara itu, Timbalan Presiden PPMPM, Daeng Syamsalleh Hamzah berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Pejabat Perdana Menteri pada 18 Februari lalu namun tiada sebarang balasan.

Sehubungan itu katanya, perhimpunan yang diadakan di Dataran Putra ini bertujuan merayu kepada kerajaan agar dapat menilai keperluan industri berkenaan untuk beroperasi semula ketika tempoh PKP 2.0.

Sumber

Comments

comments