Terpaksa Tukar Cadar Dan Kemas Bilik Sendiri, Wanita Ini Serik Menginap Di Hotel ‘Viral’ Di Cameron Highlands

hotel cameron highland

Pastinya ramai yang telah merancang percutian dalam negara setelah industri pelancongan telah dibenarkan beroperasi. Rata-rata ramai yang menyambut baik saranan itu dan mula menempah percutian di hotel-hotel dalam negara untuk bercuti dan membantu ekonomi negara.

Tetapi pengalaman malang yang dialami wanita ini membuatkan dia serik untuk kembali menginap di salah satu hotel viral di Cameron Highlands ini. Menurutnya, dia telah membuat tempahan awal dan tiba di hotel pada jam 10 malam. Tetapi setibanya di sana, mereka diberitahu bilik masih belum siap dikemas.

“Seumur hidup. Tak pernah lagi check in hotel kena tukar cadar sendiri. Tukar sarung bantal sendiri. Kemas bilik. Buang sampah orang duduk sebelum ni.”

Mereka terpaksa menunggu sehingga jam 11.30 malam tetapi bilik masih lagi belum dikemas. Walaupun telah berkali-kali membuat aduan di lobi hotel, rupa-rupanya ada lagi tetamu lain yang mengalami masalah yang sama. Mereka juga sama-sama menunggu bilik siap dikemas walaupun telah menunggu lama.

Advertisement

Apa yang lebih memburukkan, wang yang sudah dibayar tidak boleh dipulangkan semula kerana ianya tiada dalam polisi syarikat. Disebabkan tiada pilihan lain, mereka terpaksa mengemas sendiri bilik tersebut dan membuang sampah yang ditinggalkan oleh tetamu sebelum ini.

Melihatkan di ruangan komen, ramai juga yang pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini. Apa yang lebih membimbangkan ialah sepatutnya setiap bilik dibersihkan dan melalui proses sanitasi sebagai salah satu SOP yang diarahkan sebelum ini. Ini semua adalah perlu untuk membendung penularan wabak COVID-19 kepada tetamu yang menginap di hotel.

Comments

comments