Tersenyum Ceria, Pesakit Termuda COVID-19 Di Brunei Buat Hati Netizen Runtun

1706
pesakit positif covid-19 termuda di brunei

Sudah acap kali diingatkan bahawa wabak COVID-19 senang untuk dijangkiti oleh kanak-kanak kecil dan warga emas kerana sistem imunisasi mereka yang lemah. Susah sekiranya golongan ini positif virus tersebut kerana faktor umur dan kemampuan badan mereka untuk melawannya.

Seperti yang anda ketahui, kes pertama positif COVID-19 di Brunei bermula apabila salah seorang jemaah perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling di Malaysia telah pulang kembali ke negaranya. Daripada situ, jumlah kes melibatkan wabak ini naik dengan mendadak di Brunei.

Paling menyayat hati apabila seorang bayi perempuan turut menjadi mangsa kepada wabak ini. Kanak-kanak yang berusia 7 bulan itu dikhabarkan telah mendapat virus itu daripada datuknya yang baru sahaja pulang daripada luar negara. Kini, bayi tersebut sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Brunei.

 

View this post on Instagram

 

Oh my heart ? I’m sorry baby you have to go thru this , I’m sorry I couldn’t protect you enough… ?? we will fight this together sayang … mummy will always be here for you .. Sameera is the youngest POSITIVE COVID-19 in BRUNEI .. no symptoms no fever no cough ..she’s perfectly healthy.. ?? unfortunately she got it from one of my in-laws that just got back from abroad … dear followers anyone or whoever is still out there traveling roaming around please stay home and whoever just arrived home from overseas please please DO NOT TOUCH UR FAMILY AND DO THE TEST ! U will never know u might not hAve the symptoms but u can be the carrier. ! Be safe everyone ! and stay home Please keep my baby girl and my family in your Doa ?????

A post shared by NoorCahaya (@missnoorcahaya) on

Pun begitu, senyuman bayi ini yang lebar membuatkan hati ramai netizen hiba kerana dia terpaksa menanggung virus tersebut meskipun masih kecil. Ibunya turut berkongsi bahawa anaknya itu langsung tidak menunjukkan sebarang simptom seperti demam atau pun batuk tetapi telah disahkan positif COVID-19.

Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Noor Sameera juga sebenarnya ialah anak saudara kepada selebriti terkenal di Malaysia iaitu Noor Neelofa. Beberapa hari lepas, pelakon tersebut ada berkongsi berita ini di laman Instagramnya dan meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan kanak-kanak tersebut.

pesakit termuda positif covid-19 di brunei

Pastikan anda tidak menyentuh bayi dengan sembarangan, tambahan pula sekiranya baru pulang daripada luar negara.

Comments

comments