Terubat Rindu, Tengku Permaisuri Selangor Mencemar Duli Baca Berita Perdana Khas RTM

Sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang ke-75, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membaca berita perdana khas.

Baginda muncul kira-kira 15 minit dalam slot tersebut menyampaikan berita berkaitan negara.

Memetik laporan Harian Metro, Penerbit Berita Perdana Khas Khairul Azli Rahim meluahkan rasa teruja dan berbesar hati kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan membacakan berita untuk slot khas tersebut.

“Ini kemunculan kali pertama baginda di kaca tv selepas ditabalkan menjadikan Permaisuri Selangor selepas lima tahun lalu”

Ternyata, kemunculan baginda ini telah mengejutkan penonton sehingga tular di media sosial. Rata-rata memuji Permaisuri Selangor yang sememangnya berbakat besar.

Advertisement
@odahpurkhanAmpun Tuanku ? terubat rindu semua kepada Tengku Permaisuri Selangor #fyp #fyp? #foryoupage #rtm @radiotelevisyenmalaysia ? original sound – Odah Purkhan

Malah, kerinduan mereka juga terubat setelah lima tahun tidak mendengar suara emas tersebut.

Comments

comments