“Teruk Sangat Kotor Ni!”, Restoran Tomyam Dikenakan Kompaun RM1,300 Dan Diarahkan Tutup

Sebuah restoran makanan Thailand atau lebih dikenali sebagai kedai tomyam diarahkan tutup selama 14 hari atas faktor kebersihan. Restoran itu juga dikenakan kompaun sebanyak RM1,300 oleh Jabatan Kesihatan negeri semalam selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila netizen berkongsikan keadaan di sebuah kedai makan yang sangat mengejutkan. Selain masalah kebersihan yang terlalu teruk, pekerja di premis makanan ini juga tidak mempunyai suntikan tifoid!

Sangat menjijikkan

kedai tomyam kotor

kedai tomyam kotor
Kredit: Facebook

Bayangkan makanan disediakan di dalam ruang dan keadaan kotor seperti ini. Pastinya isu kebersihan tidak diutamakan di dalam pengurusan premis makanan yang terletak di Bukit Katil, Melaka ini.

Advertisement

“Operasi tersebut dilakukan setelah mendapat maklumat awam berkaitan isu tersebut yang tular di media sosial sejak semalam dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan berada pada tahap kebersihan 70 peratus ke bawah”

Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong, pemilik restoran perlu melakukan pembersihan menyeluruh dalam tempoh penutupan dan akan diperiksa sekali lagi oleh Jabatan Kesihatan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

kedai tomyam kotor
Kredit: Facebook

Jabatan Kesihatan negeri telah mengeluarkan kompaun bernilai RM156,990 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 2009, menerusi 181 operasi kebersihan makanan yang dijalankan dalam tempoh 1 Jan hingga 29 Sept lepas.

Sumber: Bernama

Comments

comments