“Terus Berubah Muka Kakak Tu”, Pencuri Terkejut iPhone Kantoi Berdering Tak Henti

30416

Kadang kala memang kita tak terlepas daripada berlaku cuai atau leka ketika melakukan sesuatu. Lumrah sebagai seorang ibu, ada banyak perkara kena uruskan lagi-lagi bila dah ada anak. Contohnya macam wanita ini yang tertinggal telefon miliknya ketika menonton wayang bersama anak-anak.

Hari ni saya bawa anak-anak tengok cerita Frozen 2 di GSC Alamanda. Tengah syok layan Frozen, seorang anak nak ke toilet.

Bawa pergi toilet, maknya pun tumpang sekaki. Letak handphone kat atas tempat letak barang di sebelah flush dalam toilet sebab takut dalam poket nanti terjatuh pula. Dah tolong anak pakaikan semula seluar dia, kami masuk semula dalam bilik tayangan frozen.

Baru sedar phone hilang

iphone lost mode
Masa nak duduk baru teringat handphone tertinggal kat dalam toilet tadi. Pesan dekat anak-anak mak nak ke toilet balik. Bila sampai ke toilet, toilet yang saya pakai tadi ada orang.

Elok orang tu keluar, saya terus tanya ada ternampak tak handphone tertinggal kat belakang tu. Rupanya staff GSC. Dia kata tak ada, saya terus dah gelabah handphone hilang dah.

“Akak pakai handphone apa?”

“iPhone, dik”

“Akak pandai trace iPhone tak?”

“Haa, boleh boleh.”

Saya masukkan iphone id dan password, terus keluar location handphone saya masih dalam Alamanda. Berlaku adegan kami mengejar handphone saya yang telah dibawa lari.

“Kita kena cepat, kak. Sementara orang tu masih belum keluar dari Alamanda ni.”

Direction dalam find my iphone menunjukkan handphone tu berhenti di McDonald’s Alamanda. Dah macam dalam cerita hindustan kami dua orang berlari naik eskalator, mengelak orang ke kiri ke kanan, sampai la kami sampai betul-betul depan lokasi yang ditunjukkan.

Telefon berbunyi kuat

Saya pun tekan button beeping my iphone. Rupanya kakak yang berdiri di belakang saya yang menyimpan handphone saya tu.

iphone

 Muka kakak tu dah berubah bila iphone saya duk menjerit-jerit dari dalam handbeg dia.

Saya pun send mesej melalui aplikasi find my iphone tu mengatakan handphone ini hilang. Sila hubungi number 011-xxxxxxx. Automatic handphone tu dah disable masa tu kecuali boleh call ke number yang saya masukkan tadi.

iphone
Saya pun pergi ke kakak tu dan minta handphone saya. Alhamdulillah rezeki handphone saya masih nak balik ke saya. Alhamdulillah syukur banyak-banyak.

Berjalan la kami balik semula ke GSC sebab tinggal anak 4 orang dalam tu duduk tengok Frozen 2. Diorang tak tau mak diorang dah macam atlet tadi berlari pecut maraton dalam Alamanda.

Bantuan staff GSC

iphone
Terima kasih yang tak terhingga buat adik Insyhirah, staff GSC Alamanda yang bantu saya menjadi ejen ali tadi sampai dapat balik handphone saya. Next week kita tengok ejen ali pulak ye.

Ini lah dia gambar adik Insyirah staff GSC yang sangat berdedikasi tadi. Gambar kakak yang simpan handphone saya tadi, sampai bawa keluar dari GSC walaupun movie dia tengok tak habis lagi tu saya simpan dalam memori saya saja.

Sumber

Comments

comments