Tesla Model X Digunakan Sebagai Kereta Peronda Polis Kanada

51

Jika di Dubai kereta peronda Polis menggunakan kereta sport yang terpantas di dunia. Polis Kanada pula melihat ke masa depan dengan menggunakan Tesla Model X sebagai kereta peronda mereka.


Konsep model yang diumumkan Ontario Provincial Police (OPP), Model X ini bakal disertakan dengan lampu rasmi polis serta siren. Logo rasmi OPP dengan padanan jalur hitam putih antara yang disertakan sebagai trademark rasmi.

Rekaan pada peringkat awal menerapkan konsep dimana polis boleh mengejar penjenayah di atas jalan raya dengan menggunakan kenderaan yang super laju dengan enjin yang super senyap.

Penggunaan kereta ini juga mungkin akan menjimatkan kos operasi rondaan dengan enjin elektrik dan tanpa penggunaan petrol yang mahal.

Comments

comments