Tetamu Majlis Perkahwinan Disahkan Positif COVID-19 Selepas Pengantin Meninggal Dunia Sehari Kemudian

covid-19 india

Lebih 30 penduduk kampung berada dalam keadaan panik selepas seorang pengantin lelaki meninggal dunia sehari selepas majlis perkahwinannya. Menjadikan penduduk kampung yang menghadiri majlis tersebut sah telah menerima jangkitan COVID-19.

Kesemua yang disahkan positif telah menghadiri majlis perkahwinan tersebut yang diadakan pada 17 Jun lalu. Pengantin lelaki yang berasal dari sebuah kampung di daerah Patna bekerja di Gurgaon. Pada 15 Jun, dia pulang dari Gurgaon dengan kenderaannya dan terus menuju ke tempat perkahwinan di blok Naubatpur Patna.

Pengantin tidak sihat

Penduduk kampung mengatakan pengantin lelaki itu berada dalam keadaan yang sakit semasa upacara perkahwinan sedang dilakukan. Sebaik sahaja upacara selesai, pengantin lelaki dihantar pulang ke rumah awal pagi esok dengan pengantin perempuan di sisinya.

pengantin
Gambar hiasan

Pada waktu malamnya pula, telah diadakan kenduri besar-besaran untuk para tetamu perkahwinan. Sebilangan besar penduduk kampung menghadiri majlis makan malam tersebut. Keesokan harinya, keadaan pengantin lelaki bertambah buruk dan dia dikejarkan ke pusat kesihatan utama kerajaan yang terletak di blok Paliganj.

Advertisement

Dengan keadaannya yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan sembuh, dia dipindahkan ke Institut Sains Perubatan All India di Patna. Namun, dia rebah dan meninggal dunia ketika kenderaan yang membawanya sampai di pintu masuk hospital.

Timbul tanda tanya

Selepas kematiannya, ahli keluarga yang berduka membawa jenazahnya pulang dan membakarnya tanpa memberitahu pihak kesihatan. Mereka juga tidak melakukan sebarang ujian untuk mengetahui sama ada mendiang telah dijangkiti COVID-19 atau tidak.

Sementara itu, beberapa penduduk kampung yang musykil telah melaporkan perkara itu kepada pegawai tempatan. Mereka turut memberitahu bagaimana pengantin lelaki meninggal dunia setelah perkahwinannya. Malah, penduduk kampung mendedahkan bahawa pengantin lelaki pulang dari Gurgaon di Haryana, salah satu negeri di India yang terjejas teruk oleh COVID-19.

india
Gambar hiasan

Sepasukan dari Jabatan Kesihatan negeri segera ke tempat kejadian dan mengumpulkan sampel dari 125 penduduk kampung yang telah menghadiri kenduri kahwin. Tidak lama kemudian, 15 daripadanya didapati memberikan keputusan ujian positif COVID-19.

Pada 20 Jun, pihak berkuasa kesihatan negeri mengumpulkan sampel dari 81 orang lagi dari kawasan yang terjejas. Daripada mereka, 16 didapati positif COVID-19. Menurut Pegawai kesihatan Dr Ramanujam, sebahagian besar yang positif adalah tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu.

Sumber

Comments

comments