Thailand Berjaya ‘Ubati’ #Coronavirus Melalui Koktel Anti-HIV Dalam Masa 48 Jam

3205

Kementerian Kesihatan Thailand memberitahu, seorang wanita yang dijangkiti coronavirus terbaru menunjukkan kesihatannya bertambah baik dengan dramatik setelah dirawat menggunakan campuran antivirus yang digunakan untuk merawat selsema dan HIV.

Pesakit 71 tahun itu diuji negatif untuk virus itu 48 jam setelah disuntik oleh para doktor Thailand, kata Dr. Kriengsak Attipornwanich dalam satu taklimat harian kepada pihak media. Dia mengatakan:

Keputusan makmal yang sebelum ini menunjukkan positif jangkitan coronavirus bertukar menjadi negatif selepas 48 jam.

Sebelum ini pesakit terlalu letih, tetapi selepas 12 jam, dia sudah mampu duduk.

Doktor mencampurkan ubat anti selsema oseltamivir dengan lopinavir dan ritonavir, antiviral yang digunakan untuk merawat HIV, kata Kriengsak, menambah bahawa kementerian sedang menunggu keputusan kajian untuk membuktikan dapatan.

Berita itu tiba di saat wabak coronavirus meragut nyawa pertama di luar China–iaitu lelaki China 44 tahun yang meninggal dunia di Filipina –di mana jumlah kematian sudah mececah lebih 300 orang.

Thailand setakat ini telah mengesan 19 kes jangkitan yang disahkan, iaitu coronavirus, dipercayai berasal dari bandar di bahagian tengah China iaitu Wuhan, yang kini ditutup. – amazingnara.com via Daily Sabah

 

Comments

comments