“The Alphabet Collection” Buat Wanita Rambang Mata

The Alphabet Collection

Abjad yang dipelajari waktu kecil digunakan untuk menyusun ayat yang mudah difahami kini dijadikan trend atau fesyen pakaian dan aksesori yang boleh digayakan oleh wanita seluruh pelusuk dunia.

Pengasas Perniagaan Fashion Valet, Vivy Sofinas Yusof yang mesra disapa Vivy telah mengeluarkan koleksi terbaru iaitu ‘The Alphabet Collection’ yang menggunakan abjad pada setiap produknya.

The Alphabet Collection turut merangkumi Alpahabet Twillies yang boleh digayakan pada beg tangan dan Alpahabet Tote Bags sesuai digunakan untuk wanita berkerjaya . Kesemua warna yang dikeluarkan sangat cantik dengan pilihan pastel.

Advertisement

Bagi menampilkan eksklusiviti dan gaya Rantai Kunci Alphabet pastinya menjadi pilihan untuk digantungkan pada beg. Setiap huruf diperbuat daripada kulit buatan dengan rekaan corak yang tersendiri

“Siapa sangka D (The Alphabet Collection) yang sederhana boleh membawa wanita dari pelbagai latar belakang dan tempat di seluruh dunia bersama!”.

Selain itu, jumpers yang dikeluarkan Fashion Valet juga mempunyai abjad tersendiri yang boleh dibeli mengikut kesukaan pelanggan.

Anda boleh membeli setiap produk yang dijual di website Fashion Valet atau di Butik Duck yang berdekatan.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEdUCk