Tiada Bagasi Percuma Lagi Untuk Penerbangan Malaysia Airlines

2599

Selalunya jika penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines untuk penerbangan termurah, mereka menyediakan perkhidmatan daftar masuk bagasi percuma.

Kini sistem mereka telah diubah sama seperti Air Asia dan Malindho Air untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa kecuali penerbangan ke Madinah dan Jeddah.

Menurut jadual yang dipaparkan di bawah, penerbangan domestik kelas Economi Lite kini tidak lagi menerima bagasi daftar masuk percuma, manakala penerbangan antarabangsa untuk kelas Economi Promo hanya menawarkan bagasi daftar masuk 20kg sahaja. Maklumat tambahan, penerbangan kelas ekonomi masih lagi boleh membawa “hand carry” percuma 7kg.

Rombakan yang dilakukan ini akan berkuatkuasa untuk tempahan bermula dari 8 April dan yang seterusnya. Jadi, anda dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu maklumat bagasi daftar masuk anda sekiranya memilih kelas Ekonomi untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Manakala untuk ahli Enrich pula, mereka tidak perlu risau akan rombakan yang dilakukan ini kerana masih lagi menerima bagasi daftar masuk tambahan secara percuma.

Penerbangan Domestik:

Beringatlah semua, jangan lupa beli bagasi untuk melancong nanti.

Comments

comments