“Tiada Bukti COVID-19 Berasal dari Wuhan, Manusia Tidak Cukup Pandai Untuk Menciptanya” – Pakar

Coronavirus yang dikenali sebagai SARS-CoV-2 terus meninggalkan tanda tanya kepada manusia tentang keberadaannya. Pelbagai spekulasi juga turut timbul sehingga menyebabkan dua negara besar dunia bertindak saling menyalahkan antara satu sama lain.

Baca: Tentera Amerika Syarikat Dituduh Menjadi Punca Coronavirus Tersebar Di Wuhan

Walaubagaimanapun, Saintis Amerika Syarikat (AS) akui bahawa masih tiada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan Presiden mereka, Donald Trump bahawa wabak COVID-19 itu dicipta dari salah sebuah makmal di Wuhan, China, memandangkan manusia tidak cukup bijak untuk mencipta virus ini.

Sebaliknya, terdapat banyak bukti kuat yang mampu menyokong hipotesis mengenai virus ini telah berkembang secara semula jadi.

Para saintis percaya nenek moyang dulu langsung tidak mengenal coronavirus yang dikatakan hidup di dalam kelawar dan haiwan lain sekaligus menolak tuduhan bahawa virus ini berasal dari pasar eksotik di China.

“Ia penjelasan paling pelik.”

Gambar hiasan

Jawatankuasa juga memberitahu bahawa COVID-19 ini sangat sukar diramal dan ianya virus yang berbeza dengan apa yang ditemui dan disimpan di makmal.

Selain itu, Profesor Robertson juga percaya bahawa penemuan sampel COVID-19 yang dikatakan berusia 40 hingga 50 tahun dijumpai di makmal Wuhan adalah sebuah penipuan, memandangkan tiada bukti yang mampu menjelaskan teori konspirasi itu.

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, menunjuk kemungkinan pesakit COVID-19 di Wuhan mungkin dijangkiti dari kelawar. Tetapi virus itu sendiri telah menjalani beberapa perubahan genetik utama untuk menjangkiti manusia. Kemungkinan besar, alam semula jadi yang menciptanya.

Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments