Tiada Caj Hotel Di Pulau Pinang Selama 6 Bulan Bermula 1 Julai Ini

jambatan pulau pinang

Bagi merancakkan kedatangan pelancong tempatan, hotel di Pulau Pinang tidak akan mengenakan caj hotel selama enam bulan bermula 1 Julai ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata ia adalah usaha kerajaan negeri untuk merangsang semula industri pelancongan negeri.

Kerajaan Pulau Pinang menyokong industri pelancongan yang berada dalam fasa pemulihan ini. Selain itu, usaha yang dibuat ini juga adalah untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.

“Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang.”

hotel
Gambar hiasan

Pengecualian enam bulan sehingga 31 Disember itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga akhir tahun.

Advertisement

Selain pengecualian yang diberikan ini, kerajaan negeri juga memberitahu pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

Pengecualian sehingga hujung tahun ini juga dijangka akan menarik perhatian rakyat Malaysia untuk kembali melancong di Pulau Pinang yang merupakan antara kawasan tarikan pelancong ini. Rakyat Malaysia diharapkan dapat memberikan sokongan kepada industri pelancongan yang teruk terjejas kerana pandemik ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments