Tiada Jalan Pintas Untuk Dapatkan Janji Temu Vaksin – KKM

berita palsu vaksin

Baru-baru ini viral satu maklumat di laman sosial mengenai satu cara mudah ataupun jalan pintas untuk mendapatkan tarikh janji temu vaksin.

Melalui maklumat tersebut, dikatakan ramai individu yang cuba untuk menggunakan cara itu untuk mendapatkan tarikh janji temu vaksin lebih-lebih yang sudah lama mendaftar.

berita palsu vaksin
Sumber : Twitter KKPutrajaya

Menerusi hantaran akaun KKMPutrajaya, di laman Twitter pihak KKM mengesahkan bahawa maklumat yagn tersebat itu ialah palsu.

berita palsu vaksin
Sumber : Twitter KKMPutrajaya

“Orang ramai diminta untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera”

Pihak KKM menyarankan agar orang ramai tidak mengikuti cara tersebut kerana ianya boleh menenggelamkan maklumat atau aduan sahih yang dihantar melalui MySejahtera.

Advertisement

Sumber

SUMBERTwitter

Comments