Tiada Jaminan, 51 Pesakit Sudah Sembuh Kembali Dijangkiti COVID-19 Di Korea Selatan

jangkitan semula covid-19 di korea

Umum mengetahui bahawa pandemik COVID-19 tidak boleh diduga berada di mana, sebab itulah kes positif kian meningkat daripada hari ke hari. Bagi membendung ia daripada terus menular, penjarakan sosial adalah inisiatif yang paling efektif buat masa ini.

Menurut laporan, semua orang tidak boleh bergembira lagi meskipun jumlah pesakit yang sembuh melibatkan jangkitan virus ini semakin meningkat. Hal ini kerana, terdapat banyak bekas pesakit COVID-19 kini kembali dijangkiti wabak tersebut walaupun sudah pun disahkan sembuh sepenuhnya sebelum ini.

jangkitan semula covid-19 di korea

Terbaru, pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (CDC) mengesahkan bahawa 51 pesakit yang telah disahkan sembuh daripada COVID-19 kini kembali positif. Antara puncanya ialah sama ada mereka dijangkiti atau pun memperolehi keputusan positif selepas tempoh kuarantin.

Advertisement

Walaupun kita meletakkan pengaktifan semula adalah penyebab kemungkinan, dalam masa yang sama turut mengadakan kajian komprehensif. Banyak kes menunjukkan pesakit diuji negatif dan keesokan harinya positif.

Seorang pesakit yang positif COVID-19 hanya disahkan sembuh sepenuhnya selepas melalui dua kali ujian dan memperolehi keputusan negatif dalam tempoh 24 jam. Selain itu, siasatan epidemiologi turut dilaksanakan bagi kes-kes yang terlibat.

jangkitan semula covid-19 di korea

Perkara yang menakutkan ini bukan sahaja berlaku di Korea Selatan malahan jumlah pesakit yang sudah sembuh kembali dijangkiti turut bertambah di China. Menyeramkan apabila ada antara mereka yang meninggal dunia selepas diisytiharkan pulih dan diberi kebenaran untuk meninggalkan hospital.

Pun begitu, tiada punca sebenar yang dapat dikenal pasti dengan kejadian ini. Ada yang menunding jari kepada hasil ujian dan mengatakan bahawa ianya tidak konsisten lantas membawa kepada masalah ini.

Kepada yang sudah sembuh, diminta untuk kuarantin diri selama mana yang diperlukan bagi mengelakkan jangkitan semula.

Sumber

Comments

comments