Tiada Kad Fizikal Vaksin, Hanya Sijil Digital Di Aplikasi MySejahtera Setakat ini

Sijil digital covid-19

Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata kerajaan belum mengeluarkan sijil lengkap pengambilan dua dos vaksin berbentuk kad fizikal.

Beliau juga menegaskan bahawa sebarang kad yang dijual di pasaran dan menjadi tular baru-baru ini bukan dikeluarkan oleh kerajaan.

“Sijil digital vaksinasi itu boleh dicetak menerusi laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

“Bukti lain vaksinasi adalah menerusi kad suntikan vaksin yang diberikan kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya pada sidang akhbar mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 hari ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba menegaskan bahawa kad tersebut tidak diiktiraf kerajaan atau diterima sebagai bukti telah melengkapkan dos suntikan vaksin.

Menurutnya, kerajaan akan mengeluarkan My Covid-19 Vaccination Badge dalam bentuk kad dicetak tidak lama lagi sebagai bukti bahawa seseorang individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Advertisement

Sumber

SUMBERKosmo

Comments