Tiada Kesan Jenayah Atau Rogol Pada Mayat Nora Anne Quoirin, Punca Kematian Akibat Kebocoran Usus

4681

Berdasarkan kepada hasil bedah siasat yang telah dilakukan, punca kematian disahkan disebabkan oleh kebocoran usus akibat tidak makan dalam tempoh yang panjang. Nora Anne Quoirin, remaja Ireland yang hilang sejak 10 hari yang lalu dijumpai pada 13 Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop memaklumkan bahawa remaja terbabit telah meninggal dunia dalam tempoh dua ke tiga hari sebelum mayatnya dijumpai. Ini semua berdasarkan hasil bedah siasat oleh oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam.

“Punca kematian adalah disebabkan kebocoran usus kerana tiada makanan dalam tempoh panjang dan stress (tekanan) yang berpanjangan.”

Proses bedah siasat dilakukan bermula pada 11.45 pagi semalam dan selesai 9.25 malam tadi yang dikendalikan Pakar Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJS selain dibantu pakar dari Jabatan Kimia.

“Selain itu, tiada luka lain atau kesan jenayah yang berlaku pada mayat tersebut melainkan calar kecil pada kaki. Tiada sebarang kesan rogol dijumpai.”

Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos lalu untuk percutian dua minggu di sini.

Comments

comments