Tiada Lagi Perjalanan Rentas Negeri Dibenarkan, Kenderaan Akan Terus Dikompaun

rentas negeri

Melalui sidang media yang dijalankan hari ini, kerajaan kini memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang pergerakan merentas negeri dilakukan. Jadi bermakna, orang ramai tidak lagi perlu membuat sebarang permohonan di balai polis berhampiran.

Ini adalah susulan satu kes jangkitan COVID-19  daripada seorang wanita mengandung akibat daripada pergerakan merentas negeri yang dilakukan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sudah bersetuju tidak membuka peluang lagi untuk perjalanan rentas negeri.

“Kita semua sedia maklum, semalam seorang perempuan positif COVID-19 akibat daripada rentas negeri.”

Menurutnya, bermula daripada hari ini, kenderaan yang diarahkan berpatah balik ketika cuba rentas negeri akan dikenakan dikompaun. Kira-kira sebanyak 2,412 kenderaan diarahkan berpatah balik kerana cuba rentas negeri untuk pulang ke kampung semalam.

Malah menurutnya, minat orang ramai untuk pulang ke kampung pada Aidilfitri masih tidak berubah. Menyaksikan jumlah besar kenderaan dapat dilihat di jalan raya semenjak beberapa hari ini. Walaupun sudah dinasihati sebelum ini, orang ramai masih tidak memahami arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

rentas negeri
Sumber

Beliau memberi contoh semalam sahaja lebih 1,300 orang ramai beratur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang untuk memohon kebenaran polis balik ke kampung.

“Mereka sanggup beratur di tengah panas dengan alasan untuk mencuba nasib. Jadi lepas ini tidak perlu susah payah beratur di balai polis,” katanya lagi. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak sesekali mencuba nasib untuk pulang ke kampung kerana akan berhadapan dengan denda atau kompaun serta merta.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments