Tiada Simptom, Anak Lelaki Donald Trump Positif COVID-19

Isteri Presiden Amerika Syarikat, Melania Trump mendedahkan anaknya Barron Trump disahkan positif COVID-19.

Melania memaklumkan perkara itu dalam bentuk cerotan menerusi satu esei berjudul “My Personal Experience With COVID-19” yang disiarkan di laman web rasmi White House semalam.

Menurutnya, Barron disahkan positif selepas beliau dan suami dijangkiti virus berkenaan.

Advertisement

“Secara tidak langsung saya terus terfikirkan tentang anak saya. Pada awalnya keputusan ujian Barron yang menunjukkan negatif memberikan sedikit kelegaan buat saya. Bagaimanapun mimpi ngeri bertukar menjadi kenyataan apabila selepas menjalani ujian sekali lagi, keputusan tersebut menunjukkan positif,”

Lebih mengejutkan, anak lelaki itu juga tidak menunjukkan sebarang simptom sebelum ini.

“Mujurlah dia seorang remaja yang kuat dan tidak menunjukkan sebarang simptom. Dari satu segi, saya berasa syukur kerana kami bertiga menjalankan ujian pada masa yang sama.”

Terdahulu, Melania dan Trump disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 2 Oktober lalu, namun kini dilaporkan sudah sembuh sepenuhnya.

Sumber: Whitehouse.gov, CNBC

Comments

comments