Tiada Surat Kebenaran, Pilot Dan Penumpang Dikompaun Kerana Rentas Negeri Guna Pesawat

Dua juruterbang dan dua orang penumpang dikompaun kerana tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri.

Menerusi laporan Harian Metro, tindakan itu dikenakan selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di Pulau Tioman, Rompin, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azari Miskon, keempat-empat individu termasuk seorang wanita itu berlepas dari Lapangan Terbang Subang, Selangor.

Advertisement

Dedahnya lagi, susulan keluar dari kawasan yang diisytiharkan PKPB tanpa kebenaran, kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Bagaimanapun, mereka khabarnya telah bersetuju untuk pulang ke Lapangan Terbang Subang pagi esok kerana juruterbang persendirian itu akui pihaknya tidak mempunyai kebenaran menerbangkan pesawat pada waktu malam.

“Untuk malam ini (tadi), pihak Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) sudah mengeluarkan gelang kuarantin kepada empat individu itu selain akan dipantau oleh pasukan pemantauan sehingga mereka bertolak pulang esok (hari ini),”

Sumber: Harian Metro

Comments

comments